Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kejayaan penembusan terowong Paka catat satu lagi sejarah ECRL
    Am

    Kejayaan penembusan terowong Paka catat satu lagi sejarah ECRL

    adminBy admin10/04/2021Updated:10/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    DUNGUN | Penembusan terowong pertama di Paka sepanjang 1.1 kilometer menjadi antara satu lagi sejarah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), semalam.

    Lapor Utusan, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, kemajuan kerja-kerja penggalian terowong Paka yang menjadi antara 59 terowong dalam projek mega itu kini sudah mencapai 98.5 peratus.

    Katanya, penembusan terowong berkenaan berjaya dilakukan dalam tempoh enam bulan lebih awal daripada jadual asal walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk penangguhan kerja-kerja pembinaan selama sembilan bulan.

    “Sesuatu yang boleh dibanggakan kerana terowong Paka mendahului jadual enam bulan lebih awal sekali gus membuktikan kerjasama erat dan kesungguhan ECRL memastikan projek berjalan seperti dirancang.

    “Pencapaian ini hasil kerja-kerja penggalian dalam tempoh 620,000 jam,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan letupan terakhir di terowong Paka.

    Selain terowong Paka, dua lagi terowong yang dibina di Terengganu ialah terowong Dungun di Bukit Bauk dan terowong Kuantan yang turut melalui kawasan Jabor di Kemaman.

    Mohd Zuki berkata, terowong Paka yang setinggi 11.8 meter dan 12.9 meter lebar dibina untuk mengelak penebangan terbuka dan memelihara hutan simpan di persisiran Paka.

    Sementara itu katanya, terowong kedua di Terengganu dijangka membuat penembusan pada pertengahan Jun ini.

    “Projek ECRL kini giat dijalankan dengan pembinaan beberapa lagi terowong sepanjang 14.9 kilometer di Seksyen B (Dungun-Mentakab).

    “Kebanyakan terowong-terowong itu telah mencapai tahap kemajuan optimum bagi kerja-kerja penggalian dan seterusnya membantu meningkatkan tahap kemajuan keseluruhan projek yang kini mencapai 21.39 peratus pada Mac lalu,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMT UMNO boleh putuskan pemilihan parti atau tangguh
    Next Article Kerajaan negeri disaran bina Loji Rawatan Kumbahan Serantau
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.