Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kerajaan negeri rayu rakyat Kelantan patuhi SOP
    Am

    Kerajaan negeri rayu rakyat Kelantan patuhi SOP

    adminBy admin10/04/2021Updated:10/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Kerjaan negeri merayu rakyat Kelantan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan kes positif Covid-19 harian di negeri itu masih lagi tinggi, lapor Harakah Daily.

    Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, hanya melalui pematuhan SOP sahaja dapat menurunkan kes terbabit.

    Tambahan pula, katanya pada Ramadan ini, kerajaan membenarkan bazar Ramadan beroperasi yang dibimbangi boleh menular semula pandemik sekiranya tidak ada pematuhan SOP.

    “Sebab itu kita tetapkan hanya dua pelanggan sahaja berada di gerai ketika membeli juadah berbuka puasa. Penjarakan satu meter begitu penting,” katanya pada kuliah di Dewan Zulkifli Muhammad Pejabat Perhubungan PAS Kelantan semalam.

    Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan syarat nombor diberikan kepada orang ramai yang datang ke Bazar Ramadan terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan berlaku.

    Katanya, jika sesuatu kawasan itu boleh memuatkan sekitar 500 orang, hanya nombor dapat memastikan maksimum kuantiti orang ramai.

    “Rakyat Kelantan hendaklah mendaftar segera untuk mendapat suntikan vaksin Covid-19 sebagai ikhtiar bagi mengurangkan jangkitan.

    “Berdasar mesyuarat semalam dilapor Kelantan negeri kedua terendah yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin di negara ini.

    “Jadi kita minta pegawai kerajaan, penggawa dan penghulu membantu meminta orang ramai mendaftar untuk menyertai program vaksinasi dengan segera,” katanya.

    Sementara itu, anggota Exco kerajaan negeri Dr Izani Husin berkata, terdapat peningkatan jumlah kes harian Covid-19 di Kelantan hari ini iaitu sebanyak 143 kes.

    Jumlah kes postif tersebut bertambah berbanding semalam dicatat 87 kes.

    Katanya ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negeri tersebut sebanyak 6,850 kes.

    “Jadi terus patuhi SOP yang ditetapkan demi kebaikan bersama. Tubik rumah pakai mask, kelik rumah basuh tangan,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIsi borang permohonan rentas negeri di balai polis – Ismail
    Next Article Saya tidak obses untuk jadi PM: Mohd Shafie
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.