Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Penyeragaman perundangan syariah: Apa usaha kerajaan?
    Pendapat

    Penyeragaman perundangan syariah: Apa usaha kerajaan?

    adminBy admin10/04/2021Updated:10/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    “YANG ini saya kurang setuju. Apa salahnya berunding untuk seragamkan hal ehwal agama Islam. Itu bukanlah sebagai penanda tidak menghormati bidang kuasa negeri”. Komen salah seorang pembaca di tulisan saya sebelum ini. Saya rasa, ada sedikit salah faham yang saya perlu jelaskan di sini.

    Ya, kita memang setuju bahawa bidang kuasa negeri yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati. Namun begitu, Kerajaan di peringkat Persekutuan tidak pernah menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak berusaha menyeragamkan Undang-undang Syariah. Bahkan, sebahagiannya telah berjaya diseragamkan oleh kerajaan dan ia melibatkan Undang-undang Syariah utama. Sebelum ini, Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama pelbagai pihak di peringkat negeri, telah pun berjaya menyeragamkan lima Undang-undang Syariah utama iaitu:

    (1) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam.
    (2) Undang-undang Keluarga Islam.
    (3) Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah.
    (4) Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah.
    (5) Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah.

    Kerajaan pada masa ini pula, melalui Jawatankuasa Teknikal, juga telah dan sedang berunding dengan negeri-negeri untuk menyelaras dan menyeragamkan beberapa Undang-undang Syariah lain termasuklah Undang-undang Profesion Guaman Syarie.

    Matlamat untuk memartabatkan Undang-undang Syariah memerlukan kepada usaha dalam pelbagai jenis aspek, dan ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Diharapkan dengan perkongsian ini, sahabat-sahabat akan lebih jelas mengenai isu pentadbiran hal ehwal agama Islam di Malaysia.

    Mungkin selepas ini saya boleh kongsikan pula usaha penyeragaman yang turut dilakukan dalam aspek penguatkuasaan dan pendakwaan syariah, serta kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam pelaksanaan hal ehwal Islam.

    YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBeri peluang PN wujudkan Negara Berkebajikan: Abdul Hadi
    Next Article King, Queen conveys their deepest condolences over passing of Prince Philip
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    PMX kian terdesak?

    26/04/2023

    Rumah terbuka Aidilfitri, bukankah sepatutnya kerajaan berjimat cermat?

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.