Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Saya tidak obses untuk jadi PM: Mohd Shafie
    Politik

    Saya tidak obses untuk jadi PM: Mohd Shafie

    adminBy admin10/04/2021Updated:10/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    PUTRAJAYA 17 November 2014. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. NSTP/Abd. Rahim Rahmat *** Local Caption ***

    SHAH ALAM – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui dirinya tidak obses untuk menjadi Perdana Menteri meskipun pernah dicalonkan untuk memegang jawatan itu.

    Beliau berkata, pada ketika itu apa yang difikirkan ia adalah satu perubahan yang baik jika pemimpin nombor satu negara datang daripada luar Semenanjung kerana tidak pernah sebelum ini wakil dari Sabah atau Sarawak yang memegang jawatan tersebut.

    Saya tidak obses untuk jadi Perdana Menteri tapi saya lihat ini satu cadangan (yang baik dan) tidak jadi masalah kerana sudah 63 tahun negara kita merdeka tetapi tidak ada satu pun pemimpin (Perdana Menteri) dari Sabah atau Sarawak.

    “Takkanlah selama ini pemimpin negara hanya berada di Kedah, Johor, Pulau Pinang atau Pahang sahaja,” katanya ketika menjadi tetamu IG Live Sinar bertajuk Calon PM ke-9 Masih Samar yang disiar secara langsung melalui platform media sosial Sinar Harian pada malam Jumaat.

    Program yang berlangsung selama sejam itu dikendalikan Nurul Riduan Nor Ashaha.

    Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, pencalonan beliau sebagai Perdana Menteri itu turut disuarakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu pertemuan yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh.

    “Perkara ini berlaku di kediaman rasmi kerajan negeri Sabah di Kuala Lumpur.

    “Saya tidak tahu pun mesyuarat yang diadakan hari itu mencadangkan untuk menamakan saya sebagai calon,” katanya.
    Bagaimanapun Mohd Shafie berkata, tidak sampai seminggu, sokongan yang dibuat Mohamad dan Gua Eng yang mewakili PH berubah menjadi sebalik.

    Katanya, perubahan itu dimaklumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya selepas PH mengadakan mesyuarat.-SINAR HARIAN.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKerajaan negeri rayu rakyat Kelantan patuhi SOP
    Next Article Kuatlah duhai suamiku…
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.