Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Syabu bernilai RM2.196 juta dirampas
    Am

    Syabu bernilai RM2.196 juta dirampas

    alisha natashaBy alisha natasha10/04/2021Updated:10/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PASIR MAS | Briged Kelapan Infantri Malaysia, Kem Pengkalan Chepa berjaya merampas satu guni dadah jenis syabu seberat 61 kilogram bernilai RM2.196 juta semalam.

    Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Abu Hassan Assha’ari Kamis berkata, dadah berkenaan dipercayai dari negara jiran cuba diseludup ke negara ini untuk pasaran Lembah Klang dan Kelantan.

    Menurutnya dalam operasi 8.45 malam itu, pihaknya turut merampas sebuah kereta mewah jenis Vellfire bernilai RM150,000 dipercayai digunakan dalam operasi penyeludupan berkenaan.

    “Kejadian berlaku ketika anggota Kumpulan Serang dan Tangkap (SERKAP) ATM menyerbu tiga lelaki bersama kenderaan berhenti berdekatan dengan Pengkalan Sega, Sungai Golok.

    “Pada masa sama terdapat pergerakan sebuah bot dari Thailand menuju ke arah Malaysia.

    “Tiga lelaki berkenan kemudiannya mengangkat satu guni daripada bot dan cuba memasukan ke dalam kenderaan berkenaan dan anggota SERKAP terus membuat serbuan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas hari ini.

    Namun beliau berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan berjaya melarikan diri ke arah negara Thailand melalui sungai.

    Tambah beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati 61 paket serbuk teh dianggarkan satu kilogram setiap paket disyakki dadah jenis syabu dan nilai keseluruhan rampasan dalam Op Benteng di Utara Kelantan itu adalah sebanyak RM2,346,000.00.

    Katanya, rampasan tersebut memberi impak signifikan terhadap kejayaan keseluruhan Op Benteng dalam memperkukuhkan sempadan negara semasa pandemik Covid-19.

    Kejayaan tersebut juga katanya, selari dengan misi ATM dan perintah Panglima Tentera Darat PTD dalam menentukan operasi dilaksanakan dengan baik dan efektif melalui penekanan kelangsungan misi kesiagaan.

    Dalam masa sama, ATM meminta kerjasama penduduk setempat berkongsi maklumat bagi bersama-sama mencegah sebarang bentuk jenayah rentas sempadan.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article171 kes COVID-19 di Kelantan hari ini
    Next Article China fines Alibaba billions for alleged market abuses
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.