Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Warga emas diberi perhatian khusus kerajaan
    Am

    Warga emas diberi perhatian khusus kerajaan

    adminBy admin10/04/2021Updated:10/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KANGAR | Warga emas akan diberi perhatian khusus oleh kerjaan sebagai persediaan menghadapi status negara tua menjelang 2030, lapor Bernama.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata peratus warga emas (melebihi umur 60 tahun) dijangka meningkat secara drastik kepada 5.3 juta orang dalam masa 10 tahun akan datang.

    “Pada 2020, seramai 3.7 juta orang warga emas direkodkan di negara ini dan dijangka meningkat 15.3 peratus iaitu kepada 5.3 juta pada 2030,” katanya berucap pada program ‘Volunteerism@PAWE: Bengkel Kemahiran Asas Kesukarelawanan’ di sini, hari ini.

    Beliau berkata, kajian menunjukkan hampir 23 peratus atau 538,000 orang daripada 2.4 juta warga emas di negara ini mengalami sindrom ‘sarang kosong’ atau ’empty nest’ (kesunyian dan sedih) berikutan tinggal bersendirian dan jauh dari anak-anak.

    “Kesunyian dan kemurungan ini memberi kesan kepada kesihatan mereka dan membataskan peranan mereka sebagai anggota masyarakat,” katanya.

    Rina berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Pelan Strategiknya 2021 hingga 2025, memberi penekanan kepada pembangunan warga emas di negara ini.

    Menerusi Belanjawan 2021, katanya. kerajaan menaikkan bantuan kewangan tahunan pengendalian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) daripada RM33,330 kepada RM50,000 bagi melaksanakan program dan aktiviti, selari konsep warga emas aktif dan produktif.

    Beliau berkata, sejumlah RM7.15 juta diperuntukkan bagi pengoperasian 143 PAWE di seluruh negara tahun ini, sebagai tanda komitmen kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup warga emas.

    Rina berkata, PAWE beroperasi berteraskan konsep Organisasi Berasaskan Komuniti yang dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dengan kerjasama strategik KPWKM.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKerajaan negeri disaran bina Loji Rawatan Kumbahan Serantau
    Next Article Isi borang permohonan rentas negeri di balai polis – Ismail
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.