KOTA BHARU – Penganjuran Madinah Ramadan, bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh Kelantan dibatalkan serta merta.
Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi Jawatankuasa EKerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin menerusi facebook rasminya hari ini.
“Bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh Kelantan dibatalkan. Madinah Ramadan ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19,” katanya.