Rantau Panjang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 800 kilogram tepung gandum dalam operasi di sebuah premis di sini, hari ini.
Ketua Cawangan KPDNHEP Pasir Mas, Suhaimi Abas berkata, operasi bersepadu KPDNHEP Pasir Mas dan Tanah Merah disertai 10 pegawai pada jam 9.30 pagi di sebuah premis yang menjual barangan membuat kek.
Katanya, tepung gandum berkenaan disimpan di kedai berkenaan untuk bekalan Ramadan dan sambutan Aidilfitri akan datang.
“Tindakan diambil kerana premis itu disyaki menjual barang kawalan tepung gandum tanpa lesen.
“Tepung gandum berkenaan disimpan untuk dijual pada bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.
“Barang kawalan berkenaan disita untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya di sini, hari ini.