Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Mohon maaf terpaksa batal bazar Ramadan di Kelantan
    Am

    Mohon maaf terpaksa batal bazar Ramadan di Kelantan

    alisha natashaBy alisha natasha11/04/2021Updated:11/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Kerajaan negeri Kelantan memohon maaf kepada rakyat negeri itu kerana terpaksa membatalkan bazaar Ramadan serta-merta ekoran peningkatan kes harian Covid-19 secara mendadak.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, selain bazaar, Madinah Ramadan yang dirancang oleh kerajaan negeri juga turut dibatalkan.

    “Kita juga telah membatalkan program Madinah Ramadan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, walaupun persiapan kita telah selesai. Selain itu, program bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V turut dibatalkan.

    “Ini menunjukkan keseriusan keadaan kita dan Madinah Ramadan akan dijadikan Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 (PKRC) untuk menempatkan pesakit positif yang tidak mempunyai simptom,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.

    Beliau berkata, bagaimanapun, kedai makan, gerai tepi jalan, restoran di hotel dibenarkan beroperasi dan rakyat boleh menggunakan khidmat penghantar makanan.

    “Kita terpaksa membatalkan bazaar dan Madinah Ramadan kerana sehingga hari ini, jangkitan Covid-19 di Kelantan berpunca daripada 70 peratus kontak rapat dan 20 peratus dalam komuniti.

    “Ertinya kita terdedah, Jadi untuk mengurangkan pendedahan masyarakat kepada jangkitan Covid-19 ini, kita mesti menyekat dan menghalang apa tu, pergerakan termasuk pembatalan pasar malam,” katanya.

    Mengulas rancangan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dr Izani berkata, ianya bukan bidang kuasa negeri.

    Katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan membuat penilaian untuk pelaksanaan PKP.

    “Namun kita tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya kes di Kelantan masih lagi meningkat sebanyak tiga angka dalam tempoh dua atau tiga hari dan fasiliti kesihatan tidak mencukupi.

    “Saya berharap, rakyat negeri ini turut berasa gusar seperti mana kerajaan bimbangkan keselamatan mereka. Patuhilah prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePutra tidak akan sertai mana-mana gabungan hadapi PRU-15
    Next Article KPDNHEP 800kg tepung gandum dirampas
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.