Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Putra tidak akan sertai mana-mana gabungan hadapi PRU-15
    Politik

    Putra tidak akan sertai mana-mana gabungan hadapi PRU-15

    adminBy admin11/04/2021Updated:11/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak akan menyertai mana-mana gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selaras dengan konsep parti tidak mahu terikat dengan manifesto blok tertentu.

    Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali, bagaimanapun berkata, Putra terbuka untuk bekerjasama dengan parti yang menubuhkan kerajaan sekiranya sokongan mereka diperlukan, selain kerjasama itu boleh membantu perjuangan Putra.

    “…untuk menubuhkan kerajaan (selepas pilihan raya) pula adalah perkara berbeza.

    “Apabila selesai pilihan raya, kita tengok keadaan sekiranya ada parti yang menang memerintah, jika mereka perlukan sokongan kita,” katanya kepada BERNAMA selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Putra P116 Wangsa Maju, di sini, semalam. Ibrahim berkata, Putra menyasarkan untuk bertanding di 45 hingga 49 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU-15 dengan 25 kerusi sudah disenarai pendek.

    Beliau turut mengesahkan akan bertanding pada PRU itu dengan pilihan sama ada di Parlimen Gombak atau satu daripada kerusi Parlimen di Kelantan.– BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article#Breaking : Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kelantan dibatalkan
    Next Article Mohon maaf terpaksa batal bazar Ramadan di Kelantan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.