Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Agong titah utamakan lawan Covid-19, pemulihan ekonomi semasa darurat
    Am

    Agong titah utamakan lawan Covid-19, pemulihan ekonomi semasa darurat

    adminBy admin12/04/2021Updated:12/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah keutamaan dalam tempoh darurat hingga 1 Ogos ini wajar diberikan kepada usaha melawan wabak Covid-19 dan tindakan-tindakan afirmatif untuk memacu pemulihan ekonomi.

    Titah baginda, ini termasuk menerusi inisiatif-inisiatif kerajaan seperti Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan demi kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara.

    Pada masa sama, Seri Paduka menzahirkan jaminan bahawa sistem pilihan raya berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan yang mendukung prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan akan terus dipelihara di negara ini.

    “Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa sebuah kerajaan yang teguh merupakan prasyarat utama untuk kestabilan politik, pengukuhan ekonomi dan pembangunan negara yang lestari,” kata Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.Titah baginda, pada ketika negara dan rakyat masih bergelut dengan wabak Covid-19, kestabilan politik amat penting untuk menarik pelabur asing dan domestik bagi merangsang pemulihan ekonomi negara.

    Ahmad Fadil berkata Seri Paduka juga menasihati ahli-ahli politik negara agar merapatkan saf berganding bahu memerangi penularan wabak Covid-19 demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

    Seri Paduka menasihati ahli-ahli politik supaya memberi fokus dan menunaikan tanggungjawab serta amanah dalam membantu rakyat yang amat terkesan oleh ancaman wabak itu tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

    “Yang di-Pertuan Agong juga mahu ahli politik menjadi suri teladan kepada rakyat dari segi penyatuan dan mengurus tadbir negara dengan baik,” katanya.

    “Biarlah kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini menjadi titik mula yang baik ke arah penambahbaikan landskap politik yang lebih bersih, beradab dan berintegriti,” kata Ahmad Fadil.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSemua cabang PKR Pahang sepakat tolak Dr M, Pejuang
    Next Article Bekalan vaksin pulih Jun ini
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.