Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Hadi: Apa guna k’jaan majoriti besar jika tiada integriti?
    Politik

    Hadi: Apa guna k’jaan majoriti besar jika tiada integriti?

    adminBy admin12/04/2021Updated:12/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyifatkan tiada gunanya kerajaan mendapat majoriti yang besar jika tidak berintegriti.

    Jelasnya, Islam bermula dengan menjadi kuasa minoriti dan diterima oleh majoriti bukan Islam kerana kerajaannya adil dan pemimpinnya pula bertakwa.

    “Apakah faedahnya jika sekadar mendapat jumlah sokongan majoriti yang besar tetapi tidak berintegriti, sekiranya pada awal lagi sudah mula berbohong kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan majoriti.

    “Berbohong itu sahaja sudah cukup untuk menjadi tanda hilangnya integriti, yang pasti mengundang semua perangai buruk yang lain, termasuk menjadi kleptokrat.”Kehilangan integriti pemimpin diikuti dengan kelemahan kerajaan dan penamatnya dengan kemusnahan negara,” katanya dalam tulisan Minda Presiden yang disiarkan di Facebooknya, hari ini.

    Tulisan Minda Presiden kali ini mengupas mengenai, “Tawaran kerajaan selamatkan rakyat: Negara berkebajikan membawa berkat”.

    Umum mengetahui PAS kini memperkukuhkan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kerajaan yang dibina.

    Hubungan PAS dengan Umno juga dilihat tidak jelas selepas Umno membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

    Sementara itu, Abdul Hadi berkata, terdapat negara yang musnah kerana berlakunya kezaliman, keruntuhan moral dan salah laku.

    “Terdapat negara yang dimusnahkan kerana berlakunya kezaliman, bahkan berlakunya keruntuhan moral, salah laku dan sebagainya.

    “Semua perkara itu berlaku berpunca daripada tidak beriman dan budiman, sehingga ilmu dan kebijaksanaannya digunakan untuk menipu rakyat. Akhirnya rakyat menjadi mangsa kerana bersama menyokongnya,” katanya lagi. MALAYSIAKINI.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTun Faisal ajak Zahid sumpah bersama di surau PWTC, Jumaat ini
    Next Article Semua cabang PKR Pahang sepakat tolak Dr M, Pejuang
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.