Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Jajaran politik baharu beri igauan era PH
    Politik

    Jajaran politik baharu beri igauan era PH

    adminBy admin12/04/2021Updated:12/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Pembentukan jajaran politik baharu akan mengembalikan igauan terhadap era Pakatan Harapan (PH) dahulu, kata Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.

    Katanya, majoriti rakyat pada setahun lalu melahirkan rasa lega dan syukur apabila gabungan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengambilalih Kerajaan Persekutuan.

    “Ia seolah-olah memberi nafas baru kepada rakyat dan negara untuk menempuhi fasa baharu dalam membina semula negara selepas melalui pengalaman pahit ketika era pemerintahan PH yang sememangnya menjadi igauan ngeri buat kita semua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

    Pada masa sama, katanya, Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan PAS-UMNO ketika PH menerajui Kerajaan Persekutuan tetap terus diperkasa demi untuk masa depan rakyat dan negara terutamanya umat Islam.

    Ketika itu, katanya, situasi politik dalam negara yang kelam kabut sebelum ini kembali tenang dan rakyat mula menaruh harapan yang tinggi terhadap PN dan MN berserta semua gabungan parti politik yang ada untuk kembali memacu negara ke arah yang lebih baik.

    Beliau berkata, namun ‘ombak tidak selalunya tenang’ berdasarkan situasi politik semasa.

    “Anggaplah ia umpama ujian buat keluarga besar ini dan gabungan politik terbaik yang pernah hadir buat kita semua,” katanya yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.

    Justeru, beliau berkata, pelihara dan tautkan kembali persahabatan dan ukhuwah walau timbul perselisihan faham, tidak sealiran dan berbeza pemikiran.

    Katanya, ini kerana ia adalah perkara lazim dalam sebuah keluarga yang besar dalam menempuhi masa depan.

    Beliau berkata, usahlah cuba dirobohkan dengan memberi ruang dan peluang kepada pembentukan jajaran politik baharu yang sememangnya tidak diinginkan di mana hampir pasti semua tahu akan akibat dan pengakhirannya.

    “Semestinya pembentukan jajaran politik baharu akan mengembalikan igauan kita semua terhadap era Pakatan Harapan dahulu yang tidak kita semua inginkan.

    “Adakah kita semua mahu menggadaikan nasib dan masa depan kita semua dengan memberikan ruang dan peluang kepada pembentukan jajaran politik baharu yang kita tidak yakin hujung pangkalnya dan tahu bagaimana pengakhirannya?”

    “Demi masa depan rakyat dan negara, perkasakan Muafakat Nasional, pertahankan Perikatan Nasional,” tegasnya lagi.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTabung Masaadah legakan mangsa kebakaran Pulau Gaya
    Next Article Pusat Darah Negara Melanjutkan Operasi
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.