Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pakat beringat, kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Kelantan tinggi
    Am

    Pakat beringat, kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Kelantan tinggi

    alisha natashaBy alisha natasha12/04/2021Updated:12/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Kerajaan Kelantan melahirkan kebimbangan dengan kadar kebolehjangkitan (RT) yang tinggi di negeri ini dengan nilai RT 1.12 iaitu lebih tinggi daripada RT nasional iaitu 1.06.

    Kebimbangan tersebuat disuarakan Pengerusi Jawatankuasa EKerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin menerusi facebook rasminya hari ini.

    “Kadar RT di Negeri Kelantan menunjukkan paras membimbangkan kerana kekal di atas paras 1.00 sejak beberapa minggu yang lalu,” katanya.

    Dr Izani juga berkata, walaupun kes pada hari ini menunjukkan sedikit penurunan, namun ‘pending case’ atau keputusan yang masih belum kita terima adalah melebihi angka 2,000 sampel.

    “Lebih membimbangkan, sebanyak 22% daripada kes positif adalah merupakan kes yang tiada ‘epid link’ iaitu tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster dan ini menunjukkan Covid-19 berada dalam komuniti dan ‘chances’ atau ruang untuk berjangkit adalah terlalu tinggi.

    “Dalam masa 14 hari ini, kes jangkitan terlalu tinggi iaitu 1,029 kes dan sebanyak 24 kluster yang masih aktif di negeri ini,” katanya.

    Tambah beliau, kadar Penggunaan Katil (BOR) di fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) telah melebihi 70 peratus (%) malahan ada diantaranya telah melebihi 100%.

    Katanya, Hospital Tumpat (113.4%), PKRC Dewan Putik Pengkalan Chepa (PKRC DPPC) pula 97.5%, PKRC Jubli Perak (PKRC JP) adalah 96.7%, dan Hospital Jeli ialah 95.8%.

    Di Hospital Machang (87.5%), Asrama HPM (85.7%) Hospital Raja Perempuan Zainab II (81.0%), Unit Rawatan Rapi HPRZ II (83.3%) dan Hospital Sultan Ismail Petra (100%).

    “Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat keresahan dan kebajikan rakyat di negeri ini.

    “Kita berharap Majlis Keselamatan Negara akan terus mengekalkan status PKPB dan bukan PKP di negeri Kelantan ini dan berharap rakyat semua dapat membantu kearah status daripada PKPB ke PKPP,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePKRC Madinah Ramadan sedia 100 katil
    Next Article Tuduh BERSATU untuk tutup konspirasi Zahid, Anwar
    alisha natasha

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.