Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pendekatan PAS berbeza dengan PAN
    Politik

    Pendekatan PAS berbeza dengan PAN

    adminBy admin12/04/2021Updated:12/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU: PAS sekali lagi menegaskan belum bersedia menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (PAN).Naib Presidennya, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perbezaan fahaman menjadi punca parti itu tidak boleh menjalin kerjasama dengan PAN.

    “Setakat ini kita tidak boleh terima sebab cara dan pendekatan Amanah (Pan) berbeza dengan kita.

    “Hari ini, PAS belum menemui titik persamaan dengan Amanah (PAN),” katanya ketika diminta mengulas mengenai kerjasama antara kedua-dua parti pada masa hadapan.

    Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Makan Malam dan Dialog Profesional Anak Kelantan (Duke) di Kota Bharu, pada Sabtu.

    Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, rundingan antara PAN Kelantan dengan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah disifatkan sebagai pertemuan individu bukan membabitkan parti.

    Beliau berkata, PAN berhak melakukan rundingan dengan mana-mana pihak selari dengan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.

    “Bagaimanapun di pihak kita tidak ada masaalah, itu hak mereka dan dia boleh bekerjasama dengan mana-mana parti sekalipun,” ujarnya. – HARAKAH

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTerengganu larang jamuan buka puasa, moreh di masjid
    Next Article Tiga PATI baru ‘mendarat’ dicekup
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.