Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Semua cabang PKR Pahang sepakat tolak Dr M, Pejuang
    Politik

    Semua cabang PKR Pahang sepakat tolak Dr M, Pejuang

    adminBy admin12/04/2021Updated:12/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Disebalik pendekatan ‘khemah besar’ Pakatan Harapan (PH) yang sedia bekerjasama dengan sesiapa saja kecuali kleptokrat, semua 14 cabang PKR Pahang meluluskan usul berbeza.

    Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini PKR Pahang turut memasukkan Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam kelompok yang dikecualikan.

    Ketua Komunikasi PKR Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad, berkata keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat agung tahunan Cabang parti itu yang bermula sejak 27 Mac lalu.

    “Apa yang menarik di dalam mesyuarat itu kali ini ialah usul berkaitan kerjasama politik dengan Mahathir dan Pejuang menjadi perhatian di semua cabang. “Kesemua 14 cabang mengemukakan usul mendesak PKR menolak sebarang kerjasama politik dengan Mahathir dan partinya sebagai usul utama.

    “Seperti yang dijangka, usul ini tidak perlu dibahas panjang lebar, terus mendapat sokongan sebulat suara daripada semua ahli,” katanya.

    Untuk rekod Mahathir merupakan pengerusi penaja Pejuang, sebuah parti yang ditubuhkan – tetapi belum diterima pendaftarannya oleh kerajaan – ekoran krisis dalaman Bersatu pada tahun lalu.

    Mahathir yang juga bekas perdana menteri itu juga memberitahu sebelum ini bahawa dia tidak akan mengadakan rundingan dengan Anwar.

    Wajar jauhi Mahathir

    Selain Mahathir, Pejuang mempunyai tiga lagi wakil mereka sebagai ahli parlimen di Dewan Rakyat.

    Wan Fauzuldin berkata kesemua cabang PKR di Pahang mahu usul berkenaan dibahaskan di kongres nasional parti itu nanti agar keputusan yang jelas mengenainya dapat dibuat.

    “PKR Pahang menyokong kesemua ketetapan yang dipersetujui di dalam pemukiman Pakatan Harapan (PH) di Port Dickson baru-baru ini iaitu bekerjasama dengan mana-mana pihak selagi mereka menerima prinsip PH termasuk agenda reformasi yang ingin dibawa, kecuali Mahathir dan Pejuang.

    “Rata-rata ahli PKR menganggap punca kejatuhan PH pada Feb tahun lalu adalah kerana niat Mahathir sendiri untuk meruntuhkan kerajaan yang telah mengangkatnya sebagai perdana menteri bagi menghalang Anwar menjadi perdana menteri berikutnya seperti yang dijanjikan,” katanya.

    Tambah Wan Fauzuldin lagi selain itu PH sendiri wajar menjauhkan diri daripada Mahathir.

    “Beliau sendiri ada menyebut sewaktu menubuhkan Pejuang, iaitu Pejuang tiada kaitan dengan PH.

    “Pejuang akan membuat keputusan sendiri untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak selepas PRU nanti.

    “Apakah parti seperti ini akan memperkuatkan PH? Parti seperti ini akan menjadi api dalam sekam,” katanya.

    Untuk rekod, Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir baru-baru ini berkata bahawa partinya belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bersendirian atau menyertai mana-mana gabungan pada PRU15.

    Katanya, keputusan hanya dibuat apabila tiba masanya nanti. MALAYSIAKINI.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHadi: Apa guna k’jaan majoriti besar jika tiada integriti?
    Next Article Agong titah utamakan lawan Covid-19, pemulihan ekonomi semasa darurat
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.