Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tular PKP di Kelantan palsu.-MKN
    Am

    Tular PKP di Kelantan palsu.-MKN

    adminBy admin12/04/2021Updated:12/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negeri Kelantan mulai Rabu ini sehingga 12 Mei depan seperti yang ditularkan dalam media sosial.

    MKN menerusi laman Facebook berkata, orang ramai diminta supaya berhenti menyebarkan berita tidak benar.

    Penularan berita PKP di seluruh negeri Kelantan menimbulkan kegusaran orang ramai memandangkan umat Islam akan menyambut Ramadan bermula esok.

    Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin berkata, Kerajaan Negeri Kelantan berharap MKN akan terus mengekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini bukan PKP.

    Katanya, kerajaan negeri berharap rakyat dapat membantu Kelantan menukar status daripada PKPB ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

    “Bagi mengekang penularan COVID-19, semua masyarakat perlu melakukan PKP pada diri sendiri. Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat berhubung keresahan dan kebajikan rakyat di negeri ini.

    “Namun, kegusaran kita masih tinggi, walaupun kes menunjukkan penurunan kerana masih ada kes tertangguh (pending case) atau keputusan yang masih belum diterima melebihi 2,000 sampel.

    “Lebih membimbangkan, sebanyak 22% daripada kes positif adalah kes yang tiada ‘epid link’ iaitu tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster dan ini menunjukkan COVID-19 berada dalam komuniti serta ‘chances’ atau ruang untuk berjangkit adalah terlalu tinggi,” katanya di laman Facebook di sini, hari ini.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBekalan vaksin pulih Jun ini
    Next Article PKRC Madinah Ramadan sedia 100 katil
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.