Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Bekas ahli Al-Maunah teruja sambut Ramadan
    Am

    Bekas ahli Al-Maunah teruja sambut Ramadan

    adminBy admin13/04/2021Updated:13/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    HULU TERENGGANU | “Saya bersyukur dapat menyambut Ramadan bersama keluarga, selepas 20 tahun menjalani ibadah puasa di penjara,” kata Awie, 50, (bukan nama sebenar) ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 24, di sini, hari ini.

    Awie berkata, dia bukan sahaja boleh berjemaah malah diberi kepercayaan dan tugas sebagai bilal di Surau Al Falah, Kampung Bukit Tok Bat sepanjang Ramadan.

    “Alhamdulillah, kedatangan Ramadan kali ini amat bermakna bagi saya dan paling gembira kerana dapat menunaikan solat sunat taraweh bersama penduduk kampung.

    “20 tahun saya menjalani hukuman penjara dan sepanjang Ramadan hanya menunaikan solat sunat tarawih berseorangan di bilik pengasingan.

    “Ramadan tahun lalu saya berbuka puasa, bersahur dan menunaikan solat sunat tarawih di penjara tetapi siapa sangka pada tahun ini saya menjalani semua ibadah itu disamping keluarga,” katanya yang sudah bertunang dengan seorang gadis dari Kampung Sekayu sejak beberapa bulan lalu.
    Beliau berkata, menjalani ibadah puasa di penjara dan di rumah banyak bezanya.

    “Saya mempunyai banyak masa terluang untuk membaca al-Quran dan berzikir dan menu berbuka puasa paling istimewa di Penjara Marang ialah gulai ayam. Sepanjang berada dalam penjara, saya dapat 160 kali khatam al-Quran tetapi sekarang masa perlu dibahagikan dengan seimbang mengikut tuntutan hidup,” katanya.

    Awie yang bekerja sebagai tukang kebun di ladang durian milik rakannya di Bukit Diman sejak akhir tahun lalu, juga sedang menyimpan gajinya untuk majlis perkahwinan pada Jun ini.

    “Saya bersyukur kerana perjalanan hidup saya selepas dibebaskan daripada penjara dipermudahkan. Sebelum ini berjaya memperoleh semua lesen memandu kenderaan dan sekarang sudah bertunang serta bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi,” katanya.

    Media sebelum melaporkan anak kelahiran Kuala Berang itu menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai pergerakan Al-Maunah pada 2000.

    Bagaimanapun pada 17 Ogos tahun lalu, Awie mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong sekali gus dibenarkan bebas. – BERITA HARIAN.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJohor bina balai cerap termoden di Asia Tenggara
    Next Article Empat perkara utama ditekan Muhyiddin hari ini
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.