Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Empat perkara utama ditekan Muhyiddin hari ini
    Am

    Empat perkara utama ditekan Muhyiddin hari ini

    alisha natashaBy alisha natasha13/04/2021Updated:13/04/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PUTRAJAYA | Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat perkara utama yang perlu diberikan perhatian dalam perkembangan wakaf di Malaysia dan memastikan pencapaian matlamatnya.

    Empat perkara itu ditekankan Perdana Menteri ketika merasmikan Bulan Wakaf Kebangsaan 2021 bertemakan Wakaf Untuk Kemakmuran Bersama hari ini secara maya.

    Muhyiddin berkata, untuk memastikan wakaf berperanan sebagai salah satu elaun penting dalam membantu pembangunan ekonomi negara, sokongan dan penglibatan semua masyarakat sama ada secara individu atau organisasi amat diharapkan.

    Justeru kata beliau, ke arah mencapai hasrat itu tanpa menidakkan hakikat bahawa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri adalah memegang amanah tunggal harta wakaf di negeri-negeri, beliau menggariskan empat perkara utama yang perlu diberikan perhatian.

    “Pertama, meningkatkan tabungan dana wakaf bagi membolehkan banyak lagi aset wakaf diwujudkan. Bagi tujuan ini, Ketua Setiausaha Kementerian dan ketua-ketua jabatan serta agensi di peringkat persekutuan perlu merangka inisiatif bagi menggalakkan pegawai dan kakitangan di bawah tanggungjawabnya untuk berwakaf secara tunai terutamanya secara berkala melalui potongan gaji.

    “Bagi tujuan ini Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara telah pun meluluskan Pekeliling Am Bilangan Satu Tahun 2020 Tatacara Perlaksanaan Sumbangan Wakaf Tunai Melalui Potongan Gaji Secara Sukarela Bagi Pegawai Awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan dan negeri melalui Kod 4474,” katanya.

    Tambahnya, begitu juga dengan institusi-institusi perbankan dan kewangan dalam membantu mempelbagaikan lagi platform berwakaf.

    “Institusi-institusi kewangan Islam seharusnya menjadikan wakaf sebagai elemen yang menjadi nilai tambah kepada produk dan perkhidmatan kewangan kepada mereka,” katanya.

    Katanya, kedua pula ialah menjadikan pembangunan hartanah wakaf sebagai salah satu elemen penting dalam penyediaan pelan pembangunan rancangan Malaysia lima tahun negara.

    Jelasnya, dalam konteks ini, GLC, GLIC, badan korporat bersama-sama Jabatan Wakaf Zakat dan Haji Yayasan Wakaf Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri perlu mengenal pasti ruang dan peluang kerjasama yang boleh dijalinkan bagi mengoptimumkan kesejahteraan dan pembangunan aset-aset wakaf.

    “Ketiga ialah memperhebatkan lagi aktiviti pembudayaan dan sosialisasi wakaf ke arah mewujudkan masyarakat celik wakaf. Jabatan Wakaf Zakat dan Haji dan Yayasan Wakaf Malaysia perlu bersama-sama merangka pelan pembudayaan holistik dan komprehensif yang akan dilaksanakan di peringkat nasional dan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

    “Oleh yang demikian, saya berharap agar Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji selaku jabatan di peringkat persekutuan yang telah diiktiraf penubuhannya sejak tahun 2004 akan terus meningkatkan hubungan baik dengan Majlis-majlis Agama Islam Negeri bagi memastikan pentadbiran harta wakaf, zakat dan urusan haji umat Islam menjadi lebih sistematik, cekap dan berkesan.

    Keempat pula kata beliau, Yayasan Wakaf Malaysia khususnya perlu diperkasakan sama ada dalam bentuk suntikan dana atau pertambahan bakat supaya dapat benar-benar menjadi contoh badan pentadbiran wakaf yang terkehadapan di peringkat antarabangsa.

    “Saya berharap melalui peranan institusi-institusi berkaitan wakaf di Malaysia ini kita boleh menawarkan kepakaran serta model amalan yang terbaik kepada negara-negara Islam lain dalam usaha kita untuk mengembalikan kegemilangan wakaf,” katanya.

    Katanya, Kerajaan persekutuan melalui Jabatan Wakaf Zakat dan Haji dan Yayasan Wakaf Malaysia akan terus komited untuk bekerjasama dengan Majlis Agama Islam negeri-negeri agar wakaf dapat berperanan aktif dan efektif untuk membangunkan taraf sosioekonomi ummah.

    “Bagi memastikan tumpuan khusus masyarakat dapat diberikan terhadap kehebatan wakaf, bulan Ramadan dijadikan sebagai bulan wakaf kebangsaan. Ini bukanlah bermaksud untuk berwakaf perlu menunggu di bulan Ramadan.

    “Tapi kita akan merancakkan lagi aktiviti wakaf di bulan laun ke seluruh pelusuk Malaysia. Semoga setiap aktiviti yang dirancang di sepanjang Bulan Wakaf Kebangsaan tahun 2021 ini akan dapat memenuhi hasrat amal jariah berwakaf dan peroleh ganjaran serta rahmat Ilahi,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBekas ahli Al-Maunah teruja sambut Ramadan
    Next Article PATI loloskan diri hampir lemas dalam sungai
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.