Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kejarlah pahala terhidang: Abdul Hadi
    Am

    Kejarlah pahala terhidang: Abdul Hadi

    alisha natashaBy alisha natasha13/04/2021Updated:13/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Kedatangan bulan Ramadan sememangnya dinanti-nantikan dan amat rugilah jika peluang terhidang untuk mengejar serta menghimpunkan pahala tidak direbut.

    Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi menerusi Perutusan Khas Ramadan menyeru seluruh umat Islam supaya
    bersama-sama mengejar ganjaran besar yang disediakan oleh ALLAH SWT.

    “Pada bulan yang mulia ini, kita dihidangkan oleh ALLAH SWT dengan rezeki makanan rohani dan jasmani yang menyuburkan kehidupan kita di dunia menuju ke alam akhirat.

    “Hidangan yang kita dapat bukan sahaja amalan puasa yang diwajibkan, bahkan pahalanya berlipat kali ganda yang hanya diketahui oleh ALLAH SWT,” katanya menerusi facebooknya.

    Ahli Parlimen Marang juga berkata, selain itu, pada bulan Ramadhan juga umat Islam dihidangkan dengan ibadat-ibadat wajib yang dilipatgandakan pahalanya.

    Bahkan, katanya, ditambah pula dengan ibadat-ibadat sunat kebiasaan dan yang dikhususkan pada bulan Ramadan.

    Tegasnya, semua ibadat-ibadat ini bertujuan untuk membersihkan roh dan menguatkan iman.

    “Marilah kita bersama-sama mengejar ganjaran besar yang disediakan oleh Allah SWT dan menambah kebajikan sebanyak-banyaknya sesama kita umat Islam.

    “Semoga kedatangan Ramadan memberikan kekuatan dan mampu memupuk semangat penyatuan umat seluruhnya,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePeniaga didakwa pukul bini kerana mandi kolam
    Next Article Rogol wanita OKU, warga emas dipenjara 12 tahun dan satu sebatan
    alisha natasha

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.