Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Peniaga didakwa pukul bini kerana mandi kolam
    Am

    Peniaga didakwa pukul bini kerana mandi kolam

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali13/04/2021Updated:13/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, terhadap pertuduhan mencederakan isteri, Khamis lalu.

    Tertuduh, Mohd Hafizul Muhammad, 37, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli dan minta dibicarakan.

    Difahamkan tertuduh memukul Hilwa Muhamad, 37, kerana marah dengan wanita itu berikutan mandi di kolam renang di sebuah resort bersama ahli keluarga walaupun ketika itu tertuduh ada bersama-sama di tepi kolam.

    Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya di sebuah rumah di Kampung Huda, Kubang Kerian di sini, jam 3.30 petang, pada 8 April 2021.

    Pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dibaca bersama seksyen 326A Kanun Keseksaan.

    Bagi kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan tertuduh boleh dipenjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh boleh dipenjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahril Ramli yang menawarkan jaminan yang tinggi sebanyak RM7,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

    Bagaimanapun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang minimum.

    Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePATI loloskan diri hampir lemas dalam sungai
    Next Article Kejarlah pahala terhidang: Abdul Hadi
    Hidayah Azali

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.