Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Suu Kyi berdepan 6 tuduhan baharu
    Global

    Suu Kyi berdepan 6 tuduhan baharu

    adminBy admin13/04/2021Updated:13/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    YANGON | Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi berdepan enam tuduhan baharu mengikut undang-undang Pengurusan Bencana Alam, semalam.

    Lapor Agensi, pemenang Anugerah Nobel berusia 75 tahun itu berdepan tuduhan berkenaan ketika tindakan keras pemerintah tentera terhadap perbezaan pendapat masih berlanjutan.

    Bekas pemimpin itu tidak pernah muncul di khalayak umum sejak ditahan pada awal pagi 1 Februari, ketika tentera menggulingkan kerajaan dan merampas kuasa.

    Tentera menggunakan kaedah yang semakin kejam untuk menindas gerakan protes yang meningkat terhadap pemerintahan mereka, sementara Suu Kyi menghadapi sejumlah pertuduhan jenayah yang memungkinkan dia tidak lagi boleh memegang jawatan lama.

    “Dia didakwa lagi mengikut Seksyen 25 Undang-Undang Pengurusan Bencana Alam.

    “Dia berdepan enam kes pertuduhan, di mana lima di Naypyidaw dan satu di Yangon,” kata peguam, Min Min Soe setelah sidang mahkamah di Naypyidaw.

    Tuduhan paling serius yang dihadapi Suu Kyi berada di bawah undang-undang rahsia rasmi Myanmar.

    Min Soe berkata, Suu Kyi yang berada dalam tahanan rumah di Naypyidaw masih dalam keadaan sihat, namun tidak pasti sama ada dia mempunyai idea mengenai pergolakan yang terjadi di Myanmar selama dua bulan terakhir ini.

    Protes yang diadakan hampir setiap hari untuk membebaskan serta memulihkan demokrasi semakin memuncak apabila penunjuk perasaan diserang dengan peluru hidup dan bom tangan.

    Lebih 700 orang awam terbunuh dalam tempoh 70 hari sejak insiden rampasan kuasa, sementara 3,000 yang lain ditangkap, menurut kumpulan pemantau.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia
    Next Article Kerajaan bincang isu perubahan iklim
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.