Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 220 juadah berbuka di Hotel Grand Renai
    Am

    220 juadah berbuka di Hotel Grand Renai

    adminBy admin14/04/2021Updated:14/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Sebanyak 220 juadah berbuka dari menu klasik sehingga kontemporari yang bertemakan masakan warisan bonda disediakan di Hotel Grand Renai di sini.

    Pengurus Besar Hotel Grand Renai, Amer Ahmad berkata, dari jumlah itu terdapat kira-kira 15 menu pencuci mulut, 15 jenis minuman dan 30 jenis kuih muih, sementara bakinya adalah menu utama seperti nasi bersama ulaman.

    Katanya, turut disediakan menu viral dalam media sosial antaranya ikan bekok goreng, gulai kawah tulang rusuk, kerutuk serati dan banyak lagi yang mempunyai daya tarikan sendiri.

    “Kita juga menyediakan kuih tiga hari atau lebih dikenali kuih serabei yang menjadi daya tarikan pengunjung ke Palm Terrace Cafe.

    “Kuih tradisonal yang berasaskan tepung beras seakan-akan apam itu merupakan satu lagi makanan tradisional yang mempunyai tekstur lembut dan gebu dimakan bersama gula melaka cair.

    “Selain akok pandan dan akok manisan yang menjadi kuih negeri Kelantan, hotel ini turut memperkenalkan akok jagung bagi memberi sedikit kelainan serta memberi pilihan kepada pengunjung,” katanya.

    Menurutnya, bagi pengunjung yang mementingkan sedikit privasi, mereka boleh mengunjungi Restoran Dynasty di tingkat enam hotel yang menawarkan citarasa masakan suku kaum dari negara China.

    Katanya, berbuka di hotel ini adalah pilihan yang sangat baik untuk keluarga dan rakan untuk berkumpul menjamu selera mahu pun secara peribadi di ruangan makan biasa atau bilik peribadi yang digelar Han dan Qin.

    “Dua pilihan set berharga antara RM499 bagi 10 orang hingga RM229 bagi lima orang, pengunjung dapat merasai masakan halal dari hidangan Kantonis dan Szechuan yang asli.

    “Kedua-dua resipi dari negara timur itu diadun bagi menjadikan hidangan oriental yang lazat serta mempunyai citarasa dan kelainan yang tersendiri,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePolis Kelantan nafi tular PKP
    Next Article Tawar khidmat kejut bangun sahur
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.