Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » MA63: Semua perkara, tuntutan dapat ditunai
    Politik

    MA63: Semua perkara, tuntutan dapat ditunai

    adminBy admin14/04/2021Updated:14/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA KINABALU | Sabah di bawah pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpendirian agar semua perkara dan tuntutan termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat ditunaikan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

    Katanya, beliau mengutarakan pendirian itu dalam Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan secara maya oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.Beliau berkata perbincangan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara ini sedang berjalan dan kedua-dua pihak komited untuk mencari jalan penyelesaian.

    “Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana yang penting kita telah pun memberi pandangan dan pendirian kita dan kerajaan Persekutuan telah memberi respons yang positif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata kerajaan Sabah juga harus mengambil kira komitmen Perdana Menteri secara terbuka dalam memberi jaminan untuk menilai dan berusaha mencari penyelesaian kepada semua tuntutan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri.

    MA63 merupakan perjanjian pada 9 Julai 1963 antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk negara baharu yang bersatu dinamakan Persekutuan Malaysia. – BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMenteri PN boleh jadi model sumbang gaji dana wakaf
    Next Article Faktor integriti daya tarikan ramai sertai BERSATU Semporna
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.