Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Menteri PN boleh jadi model sumbang gaji dana wakaf
    Am

    Menteri PN boleh jadi model sumbang gaji dana wakaf

    adminBy admin14/04/2021Updated:14/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Langkah kerajaan mewujudkan Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) bagi meningkatkan pengurusan wakaf disambut pelbagai pihak.

    Malah mereka menganggap usaha itu sepatutnya sudah lama dilakukan secara serius selaras dengan majoriti penduduk Muslim di negara ini.

    Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulkeefle Yaacob turut menyokong penuh usaha tersebut bagi memperkasakan ekonomi umat Islam.

    Katanya, langkah seperti itu sepatutnya sudah lama diberi perhatian serius kerajaan bagi mengembalikan semula kecemerlangan umat Islam.

    “Saya menyokong penuh langkah tersebut. Lagi pun saya sudah potong gaji untuk zakat dan wakaf,” katanya ketika dihubungi di sini.

    Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Bulan Wakaf Kebangsaan 2021 sebagai langkah kerajaan memaksimumkan mobilisasi aset wakaf pada masa hadapan.

    Perdana Menteri berkata, peranan wakaf terus diperkasa untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara dan memberi banyak manfaat kepada masyarakat, tanpa mengira agama, kaum dan keturunan.

    Menurutnya juga peranan institusi berkaitan wakaf di Malaysia boleh menawarkan kepakaran serta model amalan terbaik kepada negara-negara Islam lain bagi mengembalikan kegemilangan wakaf.

    Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Dr Tuan Mohd Shamsuddin Tuan Nor juga berkata, usaha untuk memperkasakan sistem wakaf sepatutnya diberi perhatian kerajaan sejak dahulu lagi.

    Katanya, sistem wakaf memberi banyak kebaikan kepada negara dan rakyat terutamanya umat Islam bagi mengembleng semula ekonomi ummah.

    Dr Che Hamdan Mohd Razali
    Pensyarah kanan UiTM Kampus Raub, Dr Che Hamdan Mohd Razali pula berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh menjadi model dengan mewakafkan gaji menteri kepada dana wakaf.

    “Anggota kabinet PN dicadangkan mewakafkan sebahagian gaji mereka terlebih dahulu sebagai mencerminkan kepimpinan melalui tauladan,” katanya.

    Selain itu beliau melihat jumlah menteri kabinet yang ramai dan ada yang dianggap kurang berfungsi dengan baik sewajarnya dikaji semula.

    Begitu juga kata beliau langkah perlu diambil bagi mengurangkan jumlah pegawai yang mengikuti rombongan menteri ke luar negara sebagai langkah menjimatkan dana kerajaan. – HARAKAHDAILY

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePejabat MAIK ditutup esok untuk sanitasi
    Next Article MA63: Semua perkara, tuntutan dapat ditunai
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.