JAWA – Seorang lelaki dari Magelang Jawa Tengah menawarkan perkhidmatan ‘jasa bangun sahur’ menerusi panggilan telefon sepanjang Ramadan.
Khoirul Anam melakukan demikian bermula Ramadan pertama dan promosi itu dimuat naik di Instagram @anam_chenel, lapor Tribunnews.
Perkhidmatan unik itu mendapat perhatian warganet dan Khoirul berjaya memperoleh seramai 11 pelanggan buat pertama kalinya.
“Pada puasa pertama, ramai yang hubungi saya untuk bantu kejutkan bersahur. Anggaran dalam 11 orang.
“Bagaimanapun hanya tiga orang sahaja mengangkat telefon, selebihnya masih lena. Saya telah hubungi mereka sebanyak tiga kali, jika tidak bangun, saya hubungi orang lain,” katanya memetik Sinar Harian.