Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Hati-hati ribut petir peralihan monsun
    Am

    Hati-hati ribut petir peralihan monsun

    alisha natashaBy alisha natasha15/04/2021Updated:15/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU-Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan orang ramai dinasihatkan berhati-hati sepanjang berlakunya peralihan monsun yang dijangka berakhir pertengahan Mei ini.

    “Jabatan Meteorologi (MetMalaysia)
    melaporkan keadaan ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang yang berlaku adalah disebabkan peralihan monsun yang dijangka akan berakhir pada pertengahan Mei.

    “Dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan insiden lebih buruk,” kata beliau menerusi facebooknya hari ini.

    Berkait perkara sama, semalam Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon memberitahu media keadaan hujan lebat dan ribut petir melanda kebanyakan kawasan pantai barat Semenanjung ketika ini bukan perkara luar biasa atau cuaca ekstrim.

    Keadaan cuaca itu berikutan negara kini berada dalam fasa peralihan monsun yang kebiasaannya menyebabkan hujan lebat atau ribut petir untuk waktu singkat, pada waktu petang dan awal malam.

    Keadaan ribut petir, angin kencang boleh mencapai kelajuan melebihi 100 kilometer per jam (km/j) yang boleh menyebabkan pokok tumbang serta kerosakan pada struktur bangunan.

    MetMalaysia meramalkan keadaan cuaca itu akan berterusan untuk tempoh beberapa hari akan datang dan pada minggu hadapan, situasi cuaca itu dijangka berkurangan.

    Berdasarkan laporan tinjauan cuaca jangka panjang MetMalaysia pada 30 Mac lalu, fasa peralihan monsun bermula pada 16 Mac dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2021 yang menandakan berakhirnya fasa Monsun Timur Laut sejak 11 November tahun lepas.

    Dalam tempoh berkenaan, Malaysia menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan pembentukan ribut petir lazimnya melanda negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article#BREAKING: PKPD di SMUA Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat Kelantan
    Next Article Siapa yang buka mulut kes pengawal keselamatan dipukul berpuasa
    alisha natasha

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.