Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ibu tunggal maut disyaki dibunuh depan anak
    Am

    Ibu tunggal maut disyaki dibunuh depan anak

    adminBy admin15/04/2021Updated:15/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    IPOH: Seorang ibu tunggal ditemui maut, disyaki ditikam dalam pergaduhan dengan seorang lelaki di depan dua anak mangsa yang masih kecil di rumahnya di Taman Perpaduan, di sini, malam tadi.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai pergaduhan antara mangsa berusia 31 tahun dengan suspek berumur 23 tahun pada jam 8.45 malam.

    “Sebaik saja tiba di kediaman itu, polis menjumpai mayat mangsa dengan beberapa kesan tikaman pada dada, bersama suspek lelaki.

    “Suspek lelaki yang turut cedera akibat beberapa tikaman pada dadanya, ditemui terbaring serta berdarah di dalam rumah itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini, malam tadi.

    Anuar berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa bekerja di sebuah rumah jagaan orang tua, di sini, dan tiada hubungan kekeluargaan dengan suspek.

    Bagaimanapun, beliau memaklumkan, suspek pernah ditahan pada 15 Mac lalu serta didakwa di mahkamah selepas mangsa beberapa kali membuat laporan polis mengadu diganggu lelaki itu.

    Katanya, suspek telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, untuk rawatan lanjut dan ditempatkan di Zon Merah, manakala mayat mangsa juga dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

    Namun, Anuar berkata, belum dapat dipastikan sama ada tikaman di dada suspek dilakukan wanita itu atau lelaki terbabit cuba membunuh diri.

    “Siasatan lanjut sedang dijalankan. Rakaman percakapan saksi kejadian dan kedua-dua anak lelaki mangsa berusia enam serta lapan tahun sedang dilakukan, termasuk untuk mengetahui hubungan sebenar mereka,” katanya.

    Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

    Tamat.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article72 Kluster Aktif Catat Kes Baharu COVID-19
    Next Article Kadar kebolehjangkitan COVID-19 meningkat 1.14 semalam
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.