KOTA BHARU | Kadar kebolehjangkitan (RT) COVID-19 di negara ini terus meningkat kepada 1.14 semalam.
Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kadar RT di Terengganu paling tinggi iaitu 1.30, Kelantan 1.27 dan Putrajaya 1.26.
“Terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) untuk memutuskan rantaian jangkitan,” katanya di laman Facebook hari ini.
Sebelum ini, kadar RT di negara ini Ahad lalu berada pada kadar 1.06.


