Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Suami isteri beli motosikal guna duit syiling
    Global

    Suami isteri beli motosikal guna duit syiling

    adminBy admin15/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    JAKARTA | Sepasang suami isteri di Indonesia menjadi tumpuan netizen selepas klip video mereka membeli sebuah motosikal menggunakan 31 beg plastik berisi duit syiling tular di internet, lapor portal berita Suara.com kelmarin.

    Totok Tri Bartonnanto dan isterinya, Hasnaini menggunakan duit syiling yang mereka kumpul untuk membeli motosikal Yamaha All New NMAX berharga 31 juta rupiah (RM8,742) di sebuah kedai di bandar Samarinda, dalam wilayah Kalimantan Timur.

    Menurut Hasnaini, wang tersebut adalah tabungan oleh dia dan suami sejak beberapa tahun lepas.

    “Saya memang meminati motosikal jenama Yamaha dan sudah memiliki Yamaha Aerox di rumah kami.

    “Kali ini, motosikal baharu dibeli atas nama saya sendiri,” katanya.

    Menurut wanita itu, dia dan suami memang sudah terbiasa mengumpul wang jika mahu membeli sesuatu dan tidak berasa pelik menggunakan duit syi­ling bagi membeli motosikal.

    “Selagi ada nilai, tiada salah­nya. Terima kasih kepada kakitangan kedai Yamaha di sini yang membantu mengangkut puluhan plastik wang syiling kami yang digunakan untuk membayar harga motosikal baharu,” ujarnya.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article240 kapal China diarah tinggalkan perairan Filipina
    Next Article Beg tangan LV lebih mahal daripada pesawat
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.