Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tentera AS di Afghanistan dipanggil pulang
    Global

    Tentera AS di Afghanistan dipanggil pulang

    adminBy admin15/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    WASHINGTON | Semua pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di Afghanistan dijangka dipanggil pulang oleh
    Presiden Joe Biden, sebelum ulang tahun ke-20 tragedi serangan 11 September, pada tahun ini.

    Lapor AFP, langkah itu bakal mengakhiri peperangan paling lama membabitkan AS, meskipun kebimbangan semakin memuncak terhadap kemenangan yang akan diraih Taliban.

    Berdasarkan perjanjian dimeterai sebelum ini antara bekas Presiden AS, Donald Trump, dengan Taliban, langkah itu sepatutnya dilaksanakan menjelang Mei depan atas syarat Taliban tidak menyokong Al-Qaeda dan ektremis asing lain.

    Sebelum ini, Turki mengumumkan penganjuran persidangan keamanan antarabangsa berhubung Afghanistan, dengan harapan mewujudkan perkongsian kuasa yang berupaya memberi kestabilan kepada negara dilanda peperangan hampir 40 tahun itu. Biden dijangka membuat pengumuman berhubung perkara berkenaan, hari ini.

    Pegawai Biden memaklumkan, langkah memanggil pulang tentera itu akan bermula Mei depan dan sedikit kelewatan mungkin berlaku atas faktor logistik, namun mereka dijangka keluar dari Afghanistan sebelum 11 September.

    Pegawai itu turut memberi amaran kepada Taliban supaya tidak menyerang pasukan tentera gabungan ketika mereka meninggalkan Afghanistan.

    “Kami akan membalas semula habis-habisan jika berlaku sebarang serangan,” katanya.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleRibuan sertai festival keagamaan positif Covid-19
    Next Article 240 kapal China diarah tinggalkan perairan Filipina
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.