KOTA BHARU | Pelakon veteran terkenal, Abu Bakar Omar, 73, menghembuskan nafas terakhir hari ini pada 9.04 pagi akibat masalah jantung.
Berita sedih berkenaan dikongsikan anaknya, Mohd Zainuddin menerusi facebooknya hari ini.
“Dikemuliaan pagi Jumaat 4 Ramdhan 1442H.
Dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa Ayahanda Kami Tuan Haji Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke Rahmatullah.
“Mohon doakan Ayahanda kami diampuni segala khilafnya…ditempatkan bersama para Solihin,” tulisnya.
Jenazah diuruskan di No 7 Jalan Bukit Nyamuk Mukim Kurung Hitam Kuala Nerang, Kedah.
Jenazah disemadikan dan disolatkan sekali lagi di Masjid Al Ghufran di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar Kedah selepas Solat Asar.
“Bagi pihak keluarga kami memohon maaf atas segala salah silap Almarhum Ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini,” katanya.