Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Denggi di Perak menurun
    Am

    Denggi di Perak menurun

    adminBy admin16/04/2021Updated:16/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    IPOH: Kes demam denggi di Perak menunjukkan penurunan sebanyak 83.5 peratus atau 916 kes iaitu hanya 181 jumlah kumulatif kes dan tiada kematian setakat 10 April lepas berbanding 1,097 kes dengan satu kematian pada tempoh sama tahun lepas.

    Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebooknya memaklumkan bagi tempoh enam hari bermula 4 April hingga Sabtu lepas, sebanyak 14 kes demam denggi yang dilaporkan di negeri ini manakala demam chikungunya pula sebanyak 12 kes.Menurut kenyataan itu, kes demam chikungunya juga menunjukkan penurunan sebanyak 68.7 peratus atau 230 kes iaitu hanya 105 kes dilaporkan berbanding 335 kes pada tempoh sama tahun lepas.

    “Kejadian kes demam denggi dan demam chikungunya dijangka meningkat semasa musim perayaan yang bakal menjelang.

    “Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan penularan penyakit-penyakit ini dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan persekitaran bebas daripada pembiakan nyamuk aedes,” menurut kenyataan itu.

    Orang ramai juga dinasihatkan supaya menjalankan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes serta mengamalkan kaedah perlindungan diri daripada gigitan nyamuk dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala penyakit ini.

    Orang ramai boleh melayari laman web http://jknperak.moh.gov.my/v4/index.php/my atau https://idengue.mysa.gov.my/ atau https://www.infosihat.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut. – BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePedoman Al-Quran: Larangan mengungkit pemberian
    Next Article Tidak boleh makan di kedai, hanya bungkus
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.