Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tak setuju desak Zahid berundur: Annuar
    Politik

    Tak setuju desak Zahid berundur: Annuar

    alisha natashaBy alisha natasha16/04/2021Updated:16/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa tidak bersetuju dan menyifatkan tidak elok mendesak supaya Presiden UMNO berundur dalam keadaan sekarang ini.

    Annuar berkata, dalam tempoh sebegini lebih baik memfokuskan kepada pengukuhan parti dan lebih elok juga sekiranya ukhwah dirapatkan bersempena dengan bulan Ramadan ini.

    “Saya rasa tak elok (desak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur). Saya tak setuju.

    “Saya fikir kita ikut apa yang ada dalam peraturan partilah. Kalau dah nak undur itu adalah hak kepada tuan punya badan.

    “Cuma bagi saya, saya fikir ikut saja apa yang ada dalam peraturan parti sehingga sampai masa ada pemilihan dan semua orang bebas kalau ada yang nak menawarkan diri,” katanya.

    Terdahulu beliau juga Ahli Parlimen Ketereh menyempurnakan Majlis Penyampaian Bakul Makanan Sempena Ramadan di Padang Halban.

    Mengulas lanjut perkara itu, Annuar juga berkata, lebih elok ketidak stabilan dalam parti dikurangkan kerana ia bukan sahaja merugikan tetapi menjejaskan fokus perjuangan parti.

    “Tempoh memegang jawatan hakiki akan tamat pada 30 Jun ini. Sekarang sudah bulan April. Dua bulan sahaja lagi.

    “Lebih baik Ramadan ini, pimpinan UMNO merapatkan saf, saya rasa itu adalah lebih baik. Bersabar dan proses demokrasi dalam parti mestilah berjalan seperti biasa,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLima kluster baharu di Kelantan
    Next Article Luluhnya hati, sedar-sedar dah tak boleh berjalan
    alisha natasha

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.