Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 40 kakitangan KKM dikesan dijangkiti Covid-19 selepas lengkap dos vaksin
    Am

    40 kakitangan KKM dikesan dijangkiti Covid-19 selepas lengkap dos vaksin

    alisha natashaBy alisha natasha17/04/2021Updated:17/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Seramai 40 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang lengkap menerima dua dos suntikan dikesan dijangkiti Covid-19.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sembilan kes dijangkiti dalam tempoh lebih dari dua minggu selepas dos kedua dan 31 kes lagi dijangkiti kurang dari dua minggu selepas pengambilan dos kedua.

    “Seramai 142 pekerja kesihatan dijangkiti selepas pengambilan dos pertama, tetapi semua mereka mempunyai gejala yang kurang serius.

    “Kita masih boleh dijangkiti setelah selesai vaksinasi tetapi mungkin tidak teruk,” katanya menerusi facebooknya hari ini.

    Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, orang ramai masih perlu menjaga prosedur operasi standard meskipun sudah mendapatkan suntikan lengkap vaksin.

    “Walaupun vaksin memberikan harapan untuk melawan Covid-19, namun jangan tersilap bahawa kita dapat melonggarkan semua langkah berjaya-jaga.

    “Tidak ada yang selamat sehingga semua orang selamat. Harap terus mematuhi semua langkah kesihatan awam (3C dan 3 W),” katanya.

    Masyarakat diharapkan terus mengelak tempat yang ramai orang, ruang tertutup dan perbualan jarak dekat.

    Selain itu perlu terus mengamalkan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka dan memberi peringatan berjaga-jaga mengikut konsep KKM.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article[VIDEO] Empat ditahan bergaduh di restoran
    Next Article Boleh mendatangkan marah ni…ada lagi video judi raya baru
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.