Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Gagal patuhi SOP, bazar Ramadan Tok Adis diarah tutup
    Am

    Gagal patuhi SOP, bazar Ramadan Tok Adis diarah tutup

    adminBy admin17/04/2021Updated:17/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA TERENGGANU | Bazar Ramadan Tok Adis, Kuala Ibai di sini menjadi bazar pertama di Terengganu diarah ditutup sementara selama 14 hari bermula 8 malam Jumaat hingga 30 April ini.

    Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, perintah penutupan itu dikeluarkan kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

    Menurutnya, notis penutupan dikeluarkan mengikut Seksyen 18 (1) (f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

    “Pegawai penguat kuasa telah melakukan pemantauan di lokasi itu selama beberapa hari dan kita dapati banyak berlaku pelanggaran SOP.

    “Nasihat sudah diberikan dan kita berharap penganjur dapat memperkemaskan SOP yang ditetapkan selain memastikan ia dipatuhi oleh peniaga serta pengunjung.

    “Penutupan ini juga dilakukan mengikut prosedur ditetapkan dan diharap ia menjadi iktibar kepada semua agar mereka tidak cuai dalam pematuhan SOP,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

    Sebelum itu, tular dalam media sosial mengenai notis penutupan bazar Ramadan Tok Adis, Kuala Ibai yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

    Pada Jumaat, Terengganu merekodkan 16 kes baharu menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 aktif sebanyak 247 kes dan semua pesakit berada dalam keadaan stabil serta diberikan rawatan biasa.

    Terdapat lapan kluster aktif di negeri ini iaitu Kluster Ladang Bukit, Chendering Height, Wakaf Chagak, Kampung Belaoh, Kampung Tanjung, Ara Murni, Jalan Kota Kubang Labu dan terbaharu adalah Kluster Taman Rakyat yang didaftarkan pada 15 April.-SINAR HARIAN

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTiada sekatan pergerakan di Thailand walaupun kes COVID-19 meningkat
    Next Article Polis tahan lapan individu berkait iklan raya judi
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.