Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pelakon video judi raya diupah RM180
    Am

    Pelakon video judi raya diupah RM180

    alisha natashaBy alisha natasha17/04/2021Updated:17/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Pelakon yang terlibat dalam video judi Hari Raya hanya diberikan upah RM180 setiap seorang, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

    “Mereka ini dibayar dengan RM180 sahaja seorang, bukan besarpun,” katanya ketika sidang media di IPD Dang Wangi hari ini.

    Mohamad Zainal juga berkata, daripada lapan yang ditahan, enam orang tidak dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk tahanan reman.

    Mohamad Zainal juga memberitahu berdasarkan siasatan awal, pembikinan kedua-dua video yang tular itu adalah daripada produksi sama, cuma pelakon yang berbeza.

    Namun katanya, difahamkan pelakon video pertama dan kedua juga saling mengenali dan polis sedang mengesannya.

    Dalam perkembangan sama, setakat ini berdasarkan siasatan awal pihak polis mendapati matlamat utama pembikinan video itu adalah untuk mempromosikan bagi mendapatkan keuntungan.

    “Mereka mahu menarik pelanggan, disebabkan judi secara online ini mudah dengan menggunakan telefon pintar sahaja.

    “Kalau kita dapat dalang utama, PDRM boleh merungkai apa sebenarnya motif mereka membuat video ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBantuan kepada rakyat Marang
    Next Article Semangat Liek Hou kian membara raih emas di Tokyo
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.