Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Bazar ditutup, peniaga mengeluh terpaksa cari rezeki di tempat lain
    Am

    Bazar ditutup, peniaga mengeluh terpaksa cari rezeki di tempat lain

    adminBy admin18/04/2021Updated:18/04/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA TERENGGANU: Penutupan sementara bazar Ramadan Tok Adis di sini berikutan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memaksa peniaga di bazar itu mencari ‘lubuk rezeki’ yang lain.

    Peniaga air balang, Muhammad Syahmi Badli Ramli, 30, yang masih terkejut dengan berita penutupan sementara bazar itu berkata beliau terpaksa mencari alternatif lain dan bercadang untuk menjual nasi lemak di tepi jalan pada waktu malam demi memastikan kelangsungan kehidupannya dan para pekerja.

    “Memanglah kecewa sebab ini kali pertama saya berniaga di bazar dan saya telah keluarkan modal RM3,000 untuk berniaga air balang, namun saya harus segera memikirkan cara lain untuk mencari rezeki kerana bazar ditutup selama dua minggu. Ia adalah tempoh yang lama.

    “Lagipun saya telah ambil lima pekerja untuk membantu saya berniaga di bazar sepanjang bulan puasa ini jadi kalau saya tidak berniaga mereka pun hilang pendapatan. Saya masih mencari tapak baharu yang sesuai dan berharap akan dapat segera mula berniaga nasi lemak,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Bapa kepada seorang anak itu juga berharap penutupan sementara Bazar Ramadan Tok Adis dijadikan iktibar buat semua pihak termasuk para pengunjung supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

    “Selama tiga hari berniaga di bazar yang paling ketara saya lihat adalah pengunjung gagal mematuhi penjarakan fizikal ketika beratur untuk masuk ke dalam bazar, sedangkan kebanyakan kami para peniaga menyewa dua tapak bagi memastikan gerai kami cukup luas dan penjarakan fizikal dapat dipatuhi,” katanya.

    Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini mengesahkan Bazar Ramadan Tok Adis dekat Kuala Ibai diarah tutup sementara selama 14 hari bermula pukul 8.00 malam tadi hingga 30 April agar penganjur dapat memperkemaskan SOP yang ditetapkan dan memastikan ia dipatuhi oleh peniaga dan pengunjung.

    Sementara itu seorang peniaga mee sup dan ‘som tam’ yang hanya ingin dikenali sebagai Faridah berkata beliau terpaksa menanggung kerugian kerana telah mengeluarkan modal RM10,000 bagi membeli stok bekalan bahan masakan dan peralatan jualan.

    “Untuk dapatkan RM10,000 itu pun saya terpaksa gadai barang kemas. Selalunya selepas 15 hari berniaga barulah balik modal. Tetapi ini baru sahaja empat hari berniaga jualan pun tidak sampai RM4,000. Tak balik modal lagi.

    “Sudah la tahun lepas tidak boleh berniaga di bazar akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Ingatkan Ramadan tahun ini ingin cari rezeki lebih tetapi apakan daya kita terpaksa akur dengan arahan yang dikeluarkan,” katanya yang telah enam tahun berniaga di bazar Ramadan tersebut.

    Wanita berusia 42 tahun itu masih buntu dalam menghadapi situasi tersebut dan berharap agar tempoh penutupan sementara bazar itu dipendekkan supaya beliau bersama lebih 70 lagi peniaga yang lain dapat berniaga semula di situ.

    — BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBekas inspektor polis diberkas tohmah D7 Bukit Aman
    Next Article Arab Saudi beri sumbangan kepada Indonesia
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.