Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » #BREAKING PKP KELANTAN: MB mohon solat hajat
    Am

    #BREAKING PKP KELANTAN: MB mohon solat hajat

    alisha natashaBy alisha natasha18/04/2021Updated:18/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Susulan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di Kelantan, hari ini Kerajaan Negeri menyeru seluruh rakyat melakukan solat hajat di masjid atau kediaman masing-masing.

    Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, bersempena dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta mengambil keberkatan bulan Ramadan saranan berkenaan dikeluarkan pihaknya.

    “Selain bersolat hajat, kita juga hendaklah memperbanyakkan bacaan al-Quran dan bersedekah.

    “Mudah-mudahan dengan amalan taqqarub tersebut dan dengan keberkatan bulan Ramadan, wabak ini dapat dibendung,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Ahmad berkata, kerajaan negeri kini memantau rapi penularan wabak Covid-19 di seluruh negeri itu ketika ini.

    Katanya, peningkatan mendadak kes positif menyebabkan tujuh daerah di Kelantan dikenakan PKP bermula 16 hingga 29 April oleh Majlis Keselamatan Negara.

    “Negeri Kelantan pada hari ini telah mencatat kadar kebolehjangkitan (RT) paling tinggi di Malaysia iaitu pada kadar 1.32 berbanding kadar kebangsaan 1.19 dan masih terdapat 2,627 sampel yang belum mendapat keputusan ujian.

    “Lebih membimbangkan lagi penggunaan katil hospital dan Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) semakin meningkat,” katanya.

    Beliau berkata, sebanyak 23 peratus kes dikesan tidak melibatkan kontak rapat yang mana menunjukkan jangkitan dalam komuniti sangat tinggi.

    Katanya lagi, langkah penutupan sekolah-sekolah dalam kawasan PKP terpaksa dilaksanakan berikutan 30 peratus jangkitan adalah dalam kalangan warga sekolah.

    “Sehubungan dengan itu, beberapa langkah akan diambil bagi mengatasi penularan di tempat kerja, sekolah, masjid dan komuniti.

    “Kerajaan Negeri juga menyeru kepada seluruh rakyat negeri Kelantan dan semua pihak untuk sama-sama mengambil peranan dan tanggungjawab bagi membendung penularan dengan memastikan saranan serta garis panduan yang ditetapkan sentiasa dipatuhi.

    “Semoga Allah S.W.T memberi perlindungan dan kesejahteraan kepada negeri Kelantan daripada wabak Covid-19.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKenyataan media Menteri Besar Kelantan
    Next Article 1.2 juta penduduk Kelantan sudah dibanci
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.