KOTA BHARU | Kadar kebolehjangkitan (RT) COVID-19 di Kelantan paling tinggi semalam iaitu 1.32 berbanding RT negara 1.19.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, RT Kelantan berada pada nombor satu dan disusuli Kuala Lumpur 1.27 dan Sarawak 1.23.
Semalam, Kelantan merekodkan sebanyak 225 kes COVID-19 baharu.
Pada masa yang sama, Sekolah Menengah Sains Machang juga akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini sehingga sehingga 1 Mei depan.