Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » MCA enggan layan, terbabit polemik UMNO 3.0
    Politik

    MCA enggan layan, terbabit polemik UMNO 3.0

    adminBy admin18/04/2021Updated:18/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    JOHOR BAHRU | MCA enggan melayan atau terbabit dalam apa jua polemik mengenai hasil hipotesis serta teori politik termasuk mengenai kewujudan UMNO 3.0.

    Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata adalah sesuatu yang merugikan untuk memberi fokus terhadap isu sedemikian kerana tumpuan perlu diberikan ke atas kebajikan rakyat.

    “Saya tidak faham dengan maksud UMNO 3.0. Saya rasa kita tidak perlu buang masa bercakap dan menjawab isu tidak perlu yang berdasarkan hipotesis dan teori politik bukan-bukan.

    “Bagi MCA, kita tidak mahu buang masa melayan isu ini sebaliknya akan terus berjuang untuk rakyat.

    “Ia bukan urusan saya mahu pun MCA, kami tidak berminat. Apa yang saya tahu, UMNO, MCA dan MIC adalah antara gabungan terawal ditubuhkan di negara ini, dan menjadi tanggungjawab kami untuk terus membela nasib rakyat,” katanya pada sidang media di Pejabat MCA Johor, di sini, hari ini.

    Terdahulu, Ka Siong yang juga Pengerusi MCA Johor mempengerusikan mesyuarat MCA Johor.

    Beliau mengulas isu UMNO 3.0, yang kini semakin hangat diperkatakan komuniti politik negara.

    Sebuah portal minggu lalu, mendakwa wujudnya kumpulan UMNO 3.0, sebuah gerakan yang didakwa membabitkan pemimpin UMNO bagi menggantikan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan kepimpinan yang baharu.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii, dilaporkan berkata, gerakan UMNO 3.0 tidak dapat dipastikan kesahihan kewujudannya.

    Namun beliau dilaporkan tidak menolak kemungkinan wujud gerakan sedemikian berikutan dalam kalangan ahli UMNO, wujud golongan yang kecewa, apabila kandungan audio perbualan mirip Ahmad Zahid dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tersebar, baru-baru ini.

    Sementara itu, ditanya mengenai pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Ka Siong berkata, adalah terlalu awal untuk membincangkan perkara berkenaan buat masa ini.

    “Pada masa ini adalah tidak sesuai untuk bercakap mengenai pengagihan kerusi namun apabila sampai masanya nanti ia akan dibincangkan bersama pucuk pimpinan.
    “Paling utama, jentera parti di semua peringkat harus terus berkhidmat kepada rakyat pada masa ini.

    Dalam pada itu, Ka Siong berkata, MCA setakat ini sudah menjalankan sebanyak 162 program di Johor bagi membantu seramai 11,600 orang mendaftar untuk mendapatkan imunisasi vaksin COVID-19.

    Katanya, kebanyakan yang dibantu terdiri daripada warga emas, mereka yang buta huruf dan tinggal di kawasan pedalaman. BERITA HARIAN.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleApakah Kita Mahu Anwar Jadi PM, Dengan DAP Tadbir Negara?
    Next Article Perlu wujudkan peraturan p-hailing demi kebajikan penghantar
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.