Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Orang ramai perlu jaga SOP jika mahu peluang beraya – Armada KB
    Am

    Orang ramai perlu jaga SOP jika mahu peluang beraya – Armada KB

    adminBy admin18/04/2021Updated:18/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Berikutan keadaan pandemik semakin membimbangkan di negeri ini, orang ramai dinasihatkan supaya terus menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya kes Covid-19 terus menurun menjelang Aidilfitri ini.

    Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kota Bharu, Mohd Ekhwan Mohd Hatta, berkata dengan penurunan kes Covid-19 ke tahap minima, umat Islam di negeri ini kemungkinan diberi peluang untuk menyambut Aidilfitri dengan keluarga masing-masing.

    Katanya, biarpun belum mengetahui keputusan kerajaan mengenai sambutan Hari Raya Puasa ini, namun sekurang-kurang dapat membuktikan bahawa aktiviti mengunjungi rumah saudara selamat dilakukan walaupun dengan SOP ketat.

    “Kita perlu memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa selama 14 hari sehingga 29 April ini dapat memberi kesan positif terhadap penurunan kes Covid-19 di negeri ini.

    “Justeru, Armada Bahagian Kota Bharu berharap orang ramai terus menjaga penjarakan sosial dan SOP apabila berada di pasaraya dan tempat awam yang lain.

    “Biarlah kita ‘berkorban’ terlebih dahulu dengan terus berada di rumah masing-masing supaya risiko kebolehjangkitan berkurangan, sekali gus kes Covid-19 melonjak turun,” katanya kepada Journal Malaysia, di sini, malam tadi.

    Kelantan mencatatkan peningkatan jumlah jangkitan pandemik Covid-19 sehingga 225 kes baharu, semalam berbanding 164 kes pada Jumaat.

    Menurut laman sosial rasmi Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), kes baharu berkenaan melibatkan 216 kes tempatan, tiga kes import dan enam kes penjara serta lokap.

    Media sebelum ini melaporkan Kerajaan melaksanakan PKP di tujuh daerah di Kelantan selama dua minggu, bermula Jumaat lalu.

    PKP di Kelantan membabitkan daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

    Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan 30.5 peratus di negeri itu dalam tempoh 14 hari.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article20 photographs of the week
    Next Article Armada Kota Bharu kecam kebiadaban majikan dera pekerja berpuasa
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.