Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 4 tan al-Quran, buku doa rosak sudah dilupuskan
    Am

    4 tan al-Quran, buku doa rosak sudah dilupuskan

    adminBy admin19/04/2021Updated:19/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUANTAN | Kira-kira empat tan al-Quran termasuk buku doa yang rosak akibat banjir di Pahang awal tahun ini sudah dilupuskan, lapor Bernama.

    Pengusaha Pusat Pemulihan al-Quran Temin Mohamad Zakaria berkata pihaknya mula menerima naskah berkenaan daripada Pejabat Agama Islam daerah pada hujung Januari lepas dengan kerja-kerja pelupusan masih dilaksanakan sehingga kini.

    Menurutnya proses pelupusan al-Quran mengambil masa sehingga dua hari dan perlu dilaksanakan dengan rapi mengikut syariat Islam bagi memelihara kemuliaannya.

    “Keseluruhannya kami menerima hampir enam tan al-Quran, buku doa dan Yasin yang rosak disebabkan banjir dari daerah Temerloh, Jerantut dan Lipis. Sehingga kini masih berbaki dua tan untuk dilupuskan.

    “Proses pelupusan dilaksanakan setiap hari sejak Januari lepas. Kesemua naskah berkenaan harus dikeringkan terlebih dahulu sebelum pembakaran dilakukan… hanya 200 kilogram naskah dapat dibakar dalam satu sesi yang memerlukan masa 48 jam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Bercerita lanjut mengenai proses pelupusan berkenaan, beliau yang mengusahakan pusat berkenaan dengan rakannya Zainal Idris berkata kitab kalamullah itu akan dibuka dan disusun untuk dikeringkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin insinerator untuk tujuan pembakaran dan dibiarkan sehingga keesokannya.

    “Biasanya kami akan mula membakar sekitar 8 pagi sehingga 5 petang, kemudian biarkan naskah berkenaan sehingga keesokkan harinya di dalam mesin itu supaya bara api padam dan menjadi abu sepenuhnya,” katanya yang mengusahakan pusat berkenaan sejak 2014.

    Menurut beliau, sejurus selesai pembakaran, proses pembekuan dilakukan dengan memasukkan abu ke dalam acuan seramik sekitar 10 hingga ke 15 minit.

    “Kami akan pastikan pembakaran itu sempurna iaitu bebas karbon sebelum melakukan proses pembekuan ini untuk mengelakkan abu berterbangan yang kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan Kampung Temin, Jerantut untuk ditanam,” jelasnya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAmbil tindakan segera jika projek PRIMA lewat – Shahidan
    Next Article Wanita tertua sambut 700 bayi
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.