Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 73.9 peratus majikan gagal patuhi akta penginapan pekerja
    Am

    73.9 peratus majikan gagal patuhi akta penginapan pekerja

    adminBy admin19/04/2021Updated:19/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KEDAH | Sebanyak 10,961 atau 73.9 peratus majikan dikesan gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dari 1 Feb hingga 15 April lepas.

    Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata JTK telah menjalankan pemeriksaan ke atas 14,835 majikan di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan yang membabitkan 95,870 unit penginapan pekerja.

    “Daripada jumlah majikan yang diperiksa, 3,874 iaitu 26.1 peratus majikan memenuhi (kriteria) kemudahan penginapan pekerja, manakala yang lain masih gagal mematuhi akta.

    “Pemeriksaan turut dijalankan terhadap 616,216 pekerja iaitu 572,518 pekerja asing dan 43,698 pekerja tempatan.

    “Sebanyak 625 kertas siasatan dibuka daripada keseluruhan pemeriksaan, melibatkan kesalahan penginapan tidak diperakui perakuan penginapan oleh Ketua Pengarah Tenaga Kerja, penginapan tidak mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak menyediakan ruang rehat serta ruang makan kepada pekerja,” katanya selepas Majlis Tautan Kasih bersama Media Kedah di Alor Setar, Kedah, malam tadi.

    Awang berkata kemudahan penginapan yang disediakan majikan sepatutnya mempunyai persekitaran selamat dan kondusif untuk setiap pekerja, sama ada warga tempatan atau warga asing berehat serta tinggal di negara ini.

    “JTK memberi garis panduan, jadi kita tidak akan bertolak ansur dan akan mendakwa majikan yang gagal mematuhi akta yang ditetapkan. Setakat ini, JTK mengeluarkan 34 arahan pindah pekerja, 2,417 arahan membaiki atau menambah baik unit penginapan dan 7,885 arahan pematuhan.

    “Semua majikan diharap dapat mematuhi undang-undang demi menjaga keselamatan dan nyawa pekerja mereka. Ini juga bertepatan dengan situasi semasa iaitu banyak kes positif Covid-19 berlaku dalam kalangan pekerja warga asing berikutan penginapan mereka tiada kemudahan kebersihan dan pengudaraan yang baik serta tidak terurus,” katanya- BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIklan judi raya: Polis buru sindiket utama upah syarikat produksi
    Next Article Lelaki ugut, cekik pekerja kedai ditahan polis
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.