Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ambil tindakan segera jika projek PRIMA lewat – Shahidan
    Am

    Ambil tindakan segera jika projek PRIMA lewat – Shahidan

    adminBy admin19/04/2021Updated:19/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Tindakan segera akan diambil sekiranya Pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mengalami kelewatan.

    Lapor HarakahDaily, Pengerusi Perbadanan PRIMA Malaysia, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pihaknya sedaya upaya memudah cara dan mencari jalan keluar kepada kontraktor terbabit.

    “Kita nak cepat tetapi kontraktor tidak boleh buat cepat. Kita sudah lantik kontraktor. Kalau kita nak buang dia, tidak boleh buang macam tu je, kena ikut proses undang-undang.

    “Jadi bila kontraktor lambat kita akan ambil tindakan segera, lebih memudah cara. Sekiranya terdapat kekurangan pekerja kita cuba cari jalan supaya dia dapat pekerja.

    “Bayaran tidak ada masalah dalam masa sama tiap-tiap minggu mereka boleh buat klaim dekat PR1MA dan PR1MA bayar terus,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini malam tadi.

    Katanya, tiada keperluan untuk membatalkan projek itu memandangkan ia berdaya maju dan boleh dijual dengan cepat.

    “PR1MA tidak perlu ditutup seperti yang diwar-warkan kerana membina rumah di tempat tidak strategik dan sebagainya.

    “Mungkin ada dua kes yang kawasannya tidak berapa strategik tapi dia tidak melibatkan keseluruhan daripada PR1MA. Contohnya di Brickfields, saya percaya dalam masa seminggu jualan sudah memenuhi matlamat sebab di situ permintaannya tinggi,” ujarnya.

    Beliau turut memaklumkan, sehingga Mac lalu sebanyak 23,101 unit telah berjaya disiapkan dengan lebih 50 peratus daripadanya terjual.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTak salah sekadar bergambar, bukannya berpeluk wanita seksi – PU Amin
    Next Article 4 tan al-Quran, buku doa rosak sudah dilupuskan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.