LONDON | Manchester United merapatkan kedudukan kepada lapan mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester City ketika dua gol Mason Greenwood memberi inspirasi kemenangan 3-1 mengatasi Burnley awal pagi tadi.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer tampak tidak akan dapat mengejar City, tapi gol kemenangan lewat permainan Greenwood memberikan sedikit tekanan terhadap pencabar utama itu berbaki enam perlawanan.
Greenwood membuka jaringan pada awal babak kedua di Old Trafford sebelum James Tarkowski menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu.
Jaringan kedua Greenwood menjadikan dia penjaring remaja terbanyak melakukannya dalam sejarah United, menyamai catatan Wayne Rooney dengan 15 gol.
Edinson Cavani mencipta gol ketiga pada penamat permainan ketika pasukan tangga kedua United menang enam kali berturut-turut dalam Liga Perdana buat pertama kali sejak Januari 2019.
“Menakjubkan buat Mason, dua gol yang sangat bagus daripada sebelah kiri,” kata Solskjaer. “Dia semakin matang. Bagus untuk melihatnya.”
Walaupun sudah terlalu lewat untuk memintas City, United berada di landasan tepat untuk kedudukan kedua liga dan masih berpeluang mencari kejuaraan pertama di bawah pimpinan Solskjaer.
Mereka akan berdepan Roma dalam separuh akhir Liga Europa selepas mengatasi Granada pada suku akhir kedua Jumaat lalu.
“Kami selalu katakan tahun ini perlu ada kemajuan dan peningkatan. Kami sudah banyak memungut mata berbanding musim lalu. Itu kemajuan,” kata Solskjaer memetik Berita Harian dilaporkan AFP.
“Kami mahu menamatkannya dengan trofi dalam Liga Europa. Kami perlu beri fokus sepenuhnya,” katanya.