Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Lelaki ugut, cekik pekerja kedai ditahan polis
    Am

    Lelaki ugut, cekik pekerja kedai ditahan polis

    adminBy admin19/04/2021Updated:19/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Seorang lelaki berusia 50 tahun yang dipercayai mengugut dan mencekik pekerja kedai selepas ditegur tidak memakai pelitup muka ditahan polis di Senawang pada Ahad. -Video tular

    SEREMBAN | Seorang lelaki berusia 50 tahun yang dipercayai mengugut dan mencekik pekerja kedai selepas ditegur tidak memakai pelitup muka ditahan polis di Senawang pada Ahad.

    Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek ditahan kira-kira jam 10 malam bagi membantu siasatan kes yang berlaku di sebuah kedai runcit di Taipan 2, Senawang.

    “Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia 22 tahun yang juga pekerja kedai pada jam 12.33 tengah hari Ahad.

    “Hasil semakan lanjut dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi (Ahad) itu mendapati mangsa menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu dan juga tidak menulis nama pada buku yang disediakan,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Ahad.

    Mengulas lanjut, Mohd Said berkata suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Isnin untuk tahanan reman di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.
    “Suspek juga akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988),” katanya.

    Pada Ahad tular video berdurasi lebih satu minit di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai baju putih telah memarahi mangsa (pekerja kedai) dan bertindak mencekik lehernya.-SINAR HARIAN

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article73.9 peratus majikan gagal patuhi akta penginapan pekerja
    Next Article Mungkinkah Messi akan tinggalkan Barcelona?
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.