Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Mungkinkah Messi akan tinggalkan Barcelona?
    Sukan

    Mungkinkah Messi akan tinggalkan Barcelona?

    adminBy admin19/04/2021Updated:19/04/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PEMAIN Barcelona tidak ubah seperti ‘peminat’ yang mahu mengabadikan kenangan apabila mereka bergambar seorang demi seorang di samping kapten, Lionel Messi selepas kemenangan Copa del Rey ke atas Athletic Bilbao.

    Menerusi video yang tular di laman sosial, kelihatan barisan pemain skuad Barcelona bergilir-gilir mengambil gambar dengan Messi bersama piala kemenangan mereka.

    Ramai membuat spekulasi, seolah-olah ia memberi gambaran Messi akan mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona.

    Dalam aksi pada Sabtu lalu, Antoine Griezman dan Frenkie de Jong memberi Barcelona kelebihan 2-0 sebelum Messi menyempurnakan dua lagi jaringan bagi melengkapkan kemenangan 4-0 untuk skuad kendalian Ronald Koeman.

    Pemain antarabangsa Argentina itu hanya mempunyai baki kontrak selama dua bulan bersama skuad tersebut.

    Memetik Mstar dilaporkan Planetfootball.com, mungkin boleh dikatakan Copa del Rey menjadi trofi terakhir yang dijulang Messi bersama Barcelona.

    “Copa sangat sukar untuk dimenangi,” kata Messi setelah perlawanan berakhir.

    “Terlalu banyak penderitaan dilalui pasukan. Saya sangat gembira untuk kumpulan pemain ini kerana mereka berhak mendapat kegembiraan.

    “Sangat istimewa untuk menjadi kapten kelab ini, di mana saya telah menghabiskan seluruh hidup saya, dan ini adalah Copa yang sangat istimewa (untuk menang),” kata Messi.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLelaki ugut, cekik pekerja kedai ditahan polis
    Next Article Gol Greenwood teruskan rentak kemenangan Man Utd
    admin
    • Website

    Related Posts

    Luqman ledak gol pertama bersama Njardvik

    21/04/2023

    PSBNK azam mantapkan sukan Boksing di Kelantan

    14/03/2023

    Liverpool belasah Manchester United 7-0

    06/03/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.