KUALA LUMPUR | Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, semalam.
Menerusi satu kenyataan, pihak pengurusan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd
berkata, penyanyi itu selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram menerusi kaedah pembedahan.
“Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan bayi kedua mereka,” katanya.
Katanya, apa yang penting adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar.
Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.
Tamat.