Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Covid-19: Tuduh KKM manipulasi data boleh berdepan tindakan
    Am

    Covid-19: Tuduh KKM manipulasi data boleh berdepan tindakan

    adminBy admin20/04/2021Updated:20/04/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PORT DICKSON | Orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan di media sosial kononnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sengaja memanipulasi data harian kes positif Covid-19.

    Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang membuat tuduhan demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Ordinan Darurat.

    Menguar-uarkan cerita tidak betul boleh diambil tindakan oleh polis. Buat berita palsu dan tak benar adalah salah dan boleh diambil tindakan.

    “Lagipun apa untungnya kepada mereka yang tiba-tiba bercakap dan buat ‘posting’ mengatakan nombor itu tak betul dan sengaja diadakan. Apa untungnya kepada yang buat berita itu?” kata pada sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD), Pusat Latihan Asas Tentera Darat di sini pada Isnin.

    Beliau berkata demikian mengulas tindakan sesetengah netizen yang menuduh KKM sengaja memanipulasi data harian kes positif Covid-19 di negara ini.

    Sementara itu, Ismail Sabri berkata, beliau tidak mahu memberi amaran, sebaliknya mengharapkan orang ramai dapat sama-sama membantu tugas KKM dan pihak berkuasa untuk menjaga kepentingan semua rakyat di negara ini.

    Jelas beliau, tiada sebab untuk KKM memanipulasi data harian kes positif Covid-19 kerana ia diperoleh melalui sistem maklumat dan kesihatan awam daripada setiap negeri pada jam 12 tengah hari setiap hari.

    “Jumlah keseluruhannya barulah diumumkan KKM. Kalau dari segi laporan, penggunaan hospital semakin banyak dan penggunaan katil semakin bertambah. Maknanya ramai yang positif,” kata beliau.

    Menurutnya, ia menunjukkan kes positif Covid-19 itu benar-benar berlaku dan tiada alasan KKM mahu memanipulasikan nombor.

    “Kalau boleh kita nak kosong, lagi baik dan senang kerja kita, selesai. Tapi kes meningkat semula dan ini tak berlaku di Malaysia saja, tapi di seluruh dunia,” ujarnya. -SINAR HARIAN.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJangan jadi seperti Imelda Marcos, kata SPRM
    Next Article SOP makin ketat! Rentas negeri yang lulus hanya Isnin hingga Khamis
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.